Sukarelawan Bantu Bersihkan Lumpur Akibat Banjir, Tanah Runtuh di Penampang

PENAMPANG: Walaupun sudah lebih dua minggu banjir lumpur melanda daerah ini namu, kesan-kesan lumpur masih lagi tebal dan menyukarkan penduduk membersihkannya tanpa bantuan pihak luar.

Atas dasar keprihatinan, Maang Flood Volunteers turun membantu bergotong-royong membersihkan rumah penduduk yang terjejas akibat banjir dan tanah runtuh.

Ketua Program, Pritchard Gumbaris berkata, program gotong-royong kali ini dilaksanakan dengan kerjasama daripada syarikat insurans Etiqa.

Agensi itu turut membekalkan peralatan gotong-royong kepada Persatuan Pongo agar mereka dapat meneruskan kerja-kerja pembersihan dikawasan

Tanah runtuh yang berlaku di Kampung Madsiang, Penampang membawa lumpur dan pokok kayu memusnahkan segala halangan yang dilaluinya termasuklah lima kereta dan separuh daripada rumah mereka.

Kerja-kerja pembersihan mengambil masa yang lama kerana lumpur dan kayu yang berat dan banyak memerlukan bantuan jentera Hitachi dan ruangan rumah mereka dipenuhi lumpur tebal sehingga 4 kaki tinggi.

“Semalam kami telah turun bersama Penampang Act of Kindness (PAKA), Persatuan PONGO, Wira Penampang dan kumpulan sukarelawan bebas untuk membuat pembersihan namun masih banyak yang diperlukan, diharap lebih ramai sukarelawan dan NGO dapat turun membantu, bukan sahaja di Kampung Suok Maang tetapi di seluruh kawasan yang terjejas di Penampang,” kata Pengarah Kumpulan Etiqa, Morinah Mining.

Tambah beliau, biarpun mereka banyak memberi nasihat tentang polisi perlindungan hayat dan kad perubatan namu, mereka sentiasa membantu rakyat yang memerlukan menerusi program ‘We Care’.

Sementara itu, Pritchard berkata, program kesukarelawan itu bermula di Kampung Kodou, Sugud pada 16 September dengan kerjasama Pejabat Parlimen Penampang dan Penampang Act of Kindness (PAKA).

“Ramai sukarelawan dan badan bukan kerajaan (NGO) yang datang membantu dalam kerja-kerja gotong-royong kerana pada masa ini bantuan tenaga kerja amat diperlukan bagi kerja-kerja pembersihan,” katanya.