Sudah Lupakah PBS Mereka Yang Daftar 325,000 PATI?

Oleh AZIZ KHAN
KOTA KINABALU: Nampaknya Parti Bersatu Sabah dan pemimpin-pemimpinnya lupa siapakah yang telah memulakan dasar yang menyebabkan berlaku ibu segala masalah di negeri ini.

Terlupa bahawa mereka yang telah melakukan pendaftran besar-besaran terhadap pendatang asing tanpa izin (PATI) di Sabah pada tahun 1987 dengan mengeluarkan Kad Burung-Burung yang kini mencetuskan kontroversi.

HONORSIUS BOSUIN

Ahli Majlis Tertinggi Parti Warisan Sabah (Warisan), Honorsius Joe Bosuin berkata, sebuah akhbar tempatan pada tahun 2013 telah melaporkan bahawa PBS bertanggungjawab mendaftarkan sebanyak 325,000 warga asing dan kini keluarga mereka turut menggunakan kad berkenaan tanpa ada ketetapan bila mereka akan meninggalkan negara ini.

“Masalah ini masih lagi bernanah di dalam masyarakat kita, kalau mahu tahu fakta hanya perlu dapatkan salinan Laporan Inkuiri Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) tentang isu PATI di Sabah.

“PBS dan pemimpin-pemimpin Barisan Nasional (BN) diketuai Pengerusi UMNO Sabah ketika itu, Tan Sri Musa Aman gagal sama sekali untuk berundingan dengan Kerajaan Persekutuan bagi mencari jalan penyelesaian sebaliknya hanya pandai membangkitkan isu sedangkan mereka tidak buat apa-apa,” katanya kepada Borneo Today.

FRED GABRIEL

Sehubungan itu, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kiulu, Datuk Joniston Bangkuai, Presiden PBS, Datuk Seri Dr Maximus Ongkili dan Timbalannya, Datuk Seri Radin Malleh; Presiden Parti Progresif Sabah, Datuk Seri Yong Teck Lee dan pemimpin MCA, Datuk Chew Kok Woh perlu bangun daripada tidur dan menyedari bahawa mereka telah gagal menyelesaikan isu PATI sejak 30 tahun lalu.

“PBS and successive Barisan Nasional government led by Sabah Umno’s Musa Aman miserably failed to work with the federal government but were only good at making issues when they did not anything,” he added.

Ketika isu PATI semakin merebak menjadi barah dalam masyarakat, bekas Presiden PBS, Tan Sri Joseph Pairin Kitingan pula sibuk mengejar kepentingan politik dengan memainkan isu tersebut ke atas Kerajaan Persekutuan pimpinan Tun Dr. Mahathir Mohamad semasa beliau mula-mula menjadi Perdana Menteri.

Musa yang mengambil alih tampuk pemerintahan Sabah pula sibuk dengan urusan semata-mata mahu memuaskan hati bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak sehingga gagal sama sekali meminta Putrajaya menyelesaikan isu berkenaan.

Gambar hiasan.

Itulah hakikatnya kegagalan PBS dan UMNO sebelum ini, namun ketika Warisan mengambil langkah tegas menangani masalah PATI, pemimpin-pemimpin PBS pula tampil mahu menjuarai isu yang mereka sebenarnya telah gagal.

“Warisan kini serius melaksanakannya, Pas Sementara Sabah (PSS) adalah langkah pertama mengesan kesemua warga asing ini dan memastikan mereka hanya memegang satu kad sahaja,” katanya Honorsius.

Pengasas Warisan, Gabriel Fred berkata, selepas mengeluarkan PSS, kerajaan negeri dan Persekutuan kemudian boleh memikirkan langkah seterusnya mengawal selia golongan imigran yang dijangka turut melibatkan kanak-kanak hasil perkahwinan dengan pasangan tempatan tetapi tidak didaftarkan.

Katanya, isu berkenaan amat kompleks yang turut melibatkan kanak-kanak tanpa negara, perkahwinan dengan rakyat tempatan serta anak-anak yang ditinggalkan oleh ibu bapa mereka yang telah balik ke negara asal.

Gambar hiasan.

Perkara ini perlu diselesaikan dengan nilai kemanusiaan atau Joniston dan rakan-rakannya mahu kesemua 600,000 warga asing itu disumbat ke dalam ‘Rumah Merah’ sambil menunggu sehingga mereka diterima balik di negara asal?

“Bayangkan berapa jumlah kos dan keperluan logistik untuk menguruskan mereka? Hakikatnya, golongan ini masih berguna sebagai buruh jika ada dokumen sah, maka tidak perlu lagi bawa masuk warga asing untuk memenuhi keperluan.

“PSS bukannya bagi kerakyatan tetapi menangani isu secara pragmatik dan nilai kemanusiaan berdasarkan undang-undang negara ini,” kata Gabriel.

Kalaulah PBS telah menangani isu PATi ini sejak 1987 lagi, jumlahnya pasti tidak bertambah seperti sekarang sehingga menjadi sangat teruk.