Strike Team IPD Tawau Tumpu Kawasan Bandar

Oleh ARDYHANSAH AMAT
TAWAU: Pasukan Unit Strike Team Ibu pejabat Polis Daerah (IPD) Tawau sentiasa bersedia berdepan dan menghadapi sebarang ancaman khususnya di kawasan bandar.

Ketua Polis Daerah Tawau, Asisten Komisioner Peter Umbuas berkata, Strike Team menjadi satu-satunya unit yang akan menjalankan tugas rumit dan mempunyai kemahiran pertempuran jarak dekat.

“Pasukan ini akan bersiap siaga dalam memberi respon terhadap sebarang kes ancaman kecemasan dengan lebih pantas,” katanya kepada media, hari ini.

Terdahulu, beliau menyaksikan majlis tamat latihan Perkhidmatan Strike Team IPD Tawau di Teck Guan Cocoa Garden, Quoin Hill, di sini hari ini.

“Objektif latihan ini adalah untuk mengekalkan kecergasan fizikal dan mental anggota unit tersebut supaya mereka bersedia setiap masa,” katanya.

Terdahulu, sepasukan unit Strike Team membuat persembahan menyelamatkan seorang tebusan wanita yang diculik sekumpulan penjenayah bersenjata.

Pasukan itu turut melakukan aksi flying fox, sebelum melakukan serangan di tempat persembunyian penjenayah dan menyelamatkan mangsa.