SPRM Jumpa Wang Tunai RM50 Juta Di Rumah Pegawai Jabatan Air

Datuk Azam Baki and pegawai atasan MACC menunjukkan wang tunai dan barangan kemas yang dirampas dari rumah pegawai-pegawai Jabatan Air. - Gambar Sinar Harian
Datuk Azam Baki and pegawai atasan MACC menunjukkan wang tunai dan barangan kemas yang dirampas dari rumah pegawai-pegawai Jabatan Air. – Gambar Sinar Harian

KOTA KINABALU – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menjumpai wang tunai yang dianggarkan hampir RM50 juta di dalam sebuah rumah salah seorang pegawai kanan syarikat berkaitan kerajaan (GLC) Sabah dalam serbuan ke rumahnya hari Selasa.

Dan dalam sidang media hari Rabu,Timbalan Ketua Pengarah (Operasi), Datuk Azam Baki memberitahu, MACC juga membekukan RM60 juta dalam beberapa akaun bank disalah sebuah negara jiran.

Dua lagi orang, abang Teo, yang bergelaran Datuk, 55, dan akauntan syarikat miliknya, juga ditangkap dan direman oleh Majistrat Stephanie Sherron Abbie, Rabu.

Menurut satu laporan media, SPRM juga menemui wang tunai dalam jumlah yang besar dalam salah sebuah kenderaan milik suspek.

“Siasatan awal mendapati salah seorang suspek yang merupakan ketua kepada suspek kedua ini mempunyai bilik khas untuk menyimpan wang berkenaan.

“Dia tidak menyimpan dalam bank, sebaliknya menyimpan wang tunai di rumah. Terdapat juga sejumlah besar barang kemas dan jam tangan pelbagai jenama,” katanya kepada Sinar Harian.

Siasatan dilakukan berikutan SPRM menahan dua pegawai berkenaan kerana disyaki menyalahgunakan kuasa dengan memonopoli dan memberikan projek-projek yang dikendalikan jabatan tersebut kepada sanak saudara mereka.

Pengarah, Jabatan Air Sabah, Ag Mohd Tahir Mohd Talib, dan timbalannya, Teo Chee Kong, telah direman satu minggu hari Rabu untuk membantu dalam siasatan.

Kedua-duanya yang berusia 54 dan 51 itu ditahan di pejabat mereka di Kota Kinabalu, kira-kira pada jam 9.15 pagi Selasa.

Semalam, SPRM turut merampas wang tunai bernilai lebih kurang RM3 juta yang disimpan dalam peti besi di pejabat salah seorang pegawai kanan itu.

Kedua-dua suspek mengendalikan projek-projek pembinaan infrastruktur asas bernilai lebih RM3.3 bilion sejak tahun 2010 itu telah memonopoli kesemua projek dan diserahkan kepada adik-beradik mereka.

Hasil penyalahgunaan kuasa ini yang dipercayai bermula sejak tahun 2010 hingga kini, siasatan awal mempercayai mereka telah mengumpul harta kekayaan melebihi RM50 juta.