SPRM: Banyak Aduan Dahulu Bermotif Politik : Berita BTtv – 11 September 2019

84
Bersama Beverly Anastacia Lim
  • Ketua pesuruhjaya SPRM, Latheefa Koya berkata siasatan terhadap mana mana kes tidak akan ditutup hanya kerana seseorang itu telah berkuasa dalam kerajaan.
  • SPRM menawarkan untuk menempatkan seorang pegawai kanannya di pejabat ketua menteri Sabah.
  • Kerajaan Sabah memantau dengan teliti situasi jerebu di negeri ini. Ketua menteri menasihatkan orang ramai khususnya pemilik ladang agar tidak melakukan pembakaran terbuka yang boleh memburukkan lagi kualiti udara di Sabah yang kini ditahap sederhana.
  • Ketua menteri meluangkan masa menonton pementasan teater ola bola the musical di kompleks JKKN Sabah, malam ini, sebagai tanda sokongan kerajaan ke atas usaha penganjuran teater memupuk perpaduan serta menyemarakkan patriotisme masyarakat berbilang kaum.
  • Rakyat Sabah diminta bersabar dan meletakkan kepercayaan sepenuhnya kepada kerajaan pimpinan Warisan untuk membawa tuntutan hak negeri ini dalam perjanjian Malaysia 1963 dengan Putrajaya – penasihat MA63 kepada kerajaan Sabah, Zainnal Ajamain.
  • UMS dan Sime Darby Plantation Berhad menandatangani surat niat, Letter of Intent bagi kerjasama aktiviti penghutanan semula.
  • Persatuan pemaju perumahan dan hartanah Sabah, SHAREDA menetapkan sasaran RM600 juta jualan hartanah dibawah kempen membeli rumah sendiri atau home ownership campaign, tahun ini.
  • Projek mengelilingi dunia race for water (R-4-W) dalam misi menimbulkan kesedaran kepentingan menjaga lautan daripada pencemaran plastik, melakukan persinggahan di Kota Kinabalu.
  • Maritim Malaysia tahan 4 pendatang asing tanpa izin Filipina yang dipercayai baru selesai menangkap ikan menggunakan bom ikan di pulau Gaya semalam.
  • Menteri belia dan sukan, Phoong Jin Zhe bertekad untuk memperjuangkan acara Taekwondo agar dipertandingkan semula dalam sukan Malaysia, SUKMA 2020 di Johor.