SPR Telah Terima Writ Pengisytiharan Pembubaran DUN Sabah

KOTA KINABALU: Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPR) telah menerima pemakluman rasmi daripada Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah semalam berhubung pembubaran DUN Sabah penggal ke-15.

Perkara ini diumumkan Setiausaha SPR, Ikmalrudin Ishak, di sini hari ini.

Berdasarkan Perkara 21(4) Perlembagaan Negeri Sabah ‘”Pilihan raya umum hendaklah dalam masa 60 hari dari tarikh pembubaran itu”.

Dengan itu, SPR akan mengadakan mesyuarat khas bagi membincangkan mengenai pelaksanaan pilihan raya tersebut.

Tarikh mesyuarat itu akan dimaklumkan kemudian oleh SPR.

-TAMAT-