SOSHEA Ditubuh Bantu Tingkat Keselamatan Pekerjaan

157
Zulkifli melancarkan penubuhan SOSHEA dalam satu majlis yang diadakan baru-baru ini

Oleh SURAIDAH ROSLAN
KOTA KINABALU: Persatuan Keselamatan, Kesihatan dan Alam Sekitar Sabah (SOSHEA) akan terus bergerak aktif bagi mencapai objektif ditetapkan.

Pengarah Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Negeri Sabah (DOSH), Zulkifli Yahaya berkata, persatuan itu juga akan terus menjamin untuk mengukuhkan kedudukan kesatuan itu dalam kalangan ahli-ahlinya.

Beliau juga mengalu-alukan mereka yang terlibat dalam keselamatan pekerjaan, kesihatan dan alam sekitar untuk menyertai persatuan berkenaan agar suara dan hak-hak mereka dapat disuarakan melalui satu badan yang lebih besar.

“Antara objektif penubuhan SOSHEA adalah meningkatkan perkara berkaitan keselamatan pekerjaan, kesihatan dan persekitaran pekerja; meningkatkan standard keselamatan pekerjaan, kesihatan dan persekitaran pekerja.

“Meningkatkan kerjasama diantara pekerja bersama majikan berhubung keselamatan pekerjaan, kesihatan dan persekitaran pekerja,” ujarnya.

Zulkifli melancarkan SOSHEA dalam satu majlis ringkas baru-baru in