Sophian Said Tekad Kembalikan Kegemilangan Bola Sepak Labuan

170
Rozman (lima kiri) bersama Sophian (empat kiri) dan barisan kepimpinan LAFA.

LABUAN: Persatuan Bola Sepak Labuan (LAFA) tekad mengembalikan kegemilangan bola sepak wilayah itu yang sebelum ini berjaya menghasilkan ramai pemain berbakat.

Presiden LAFA yang baharu, Sophian Said berkata terdapat bekas pemain bola sepak Labuan yang menyinar bukan hanya pada peringkat nasional malah antarabangsa.

HASSAN SANI

“Labuan pernah dikenali sebagai ‘kilang’ pemain bola sepak dengan pemain bermain pada peringkat nasional dan antarabangsa. Antara bekas pemain bola sepak Labuan ialah Datuk Hassan Sani dan pemain Johor Darul Takzim ketika ini, Hazwan Bakri,” katanya sebelum majlis berbuka puasa LAFA di sini, semalam.

Sophian berkata pemain Labuan yang pernah berada di bawah Persatuan Bola Sepak Sabah merupakan antara pemain terkenal dalam era bola sepak Malaysia pada tahun 1980-an.

Selain itu, katanya lebih banyak program pencarian bakat-bakat baharu sedang dilaksanakan dalam usaha melahirkan lebih ramai pemain bola sepak yang berkebolehan.

Beliau turut mengumumkan pelantikan Anggota Parlimen Labuan Datuk Rozman Isli sebagai penaung LAFA.