Skandal Air Sabah! Shafie Nafi Ada Kaitan Dengan Dakwaan Penyelewengan

Shafie, dua dari kanan, menafikan mempunyai kaitan dengan dakwaan penyelewengan projek infrastruktur asas bernilai RM3.3 bilion, tells his detractors, in particular Pairin Kitingan. Others with him included Peter Anthony, Darrell Leiking and Datuk Jaujan Sambakong.
Shafie, dua dari kanan, menafikan mempunyai kaitan dengan dakwaan penyelewengan projek infrastruktur asas bernilai RM3.3 bilion, milik Jabatan Air Negeri Sabah. Lain-lain dengan dia, dari kiri, Peter Anthony, Darrell Leiking dan Datuk Jaujan Sambakong.

KOTA KINABALU – Bekas Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah Datuk Seri Mohd Shafie Apdal menafikan beliau dan bekas kementeriannya itu mempunyai kaitan dengan dakwaan penyelewengan projek infrastruktur asas bernilai RM3.3 bilion membabitkan sebuah jabatan kerajaan di Sabah.

Shafie yang juga Anggota Parlimen Semporna berkata beliau juga tidak mengenali dua orang pegawai kanan jabatan itu yang ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung dakwaan penyelewengan itu.

Pada Selasa lepas, SPRM menahan pengarah dan timbalan pengarah Jabatan Air Sabah serta merampas RM114.5 juta daripada mereka, berikutan dakwaan penyelewengan itu.

“Saya memberi sokongan terhadap siasatan yang sedang dijalankan SPRM. Saya berharap jangan ada spekulasi kerana siasatan masih dilakukan dan saya bersedia memberi kerjasama kepada SPRM,” katanya dalam sidang akhbar di sini, hari Ahad.