Sistem Kesihatan Di Sabah Tidak Akan Runtuh

KOTA KINABALU: Biarpun berlaku peningkatan kes positif yang tinggi di Sabah, itu bukan gambaran sistem kesihatan di negeri ini akan runtuh.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, anggapan bahawa sistem kesihatan di Sabah akan runtuh disebabkan kenaikan kes positif adalah tidak benar.

Buat masa ini, 25 hospital kerajaan di negeri ini berfungsi dengan baik, tiada kekurangan katil dan kekurangan kemudahan di Unit Rawatan Rapi (ICU).

Dengan itu, beliau sekali kagi mengingatkan orang ramai agar tidak mengeluarkan fakta yang tidak betul.

Segala makluman boleh dirujuk menerusi laman web rasmi Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

Sehingga kini, sebanyak 12,745 kes positif Covid-19 dilaporkan di Sabah, dengan 105 kematian.