Sime Darby Sedia Bantu Baik Pulih SK Ladang Tiger Tawau – Hamisa

Hamisa, empat dari kiri, merakamkan gambar kenangan selepas pertemuan dengan pihak pengurusan syarikat Sime Darby dengan guru-guru SK Ladang Tiger Tawau dan pegawai Pejabat Pendidikan Daerah Tawau.
Hamisa, empat dari kiri, merakamkan gambar kenangan selepas pertemuan dengan pihak pengurusan syarikat Sime Darby dengan guru-guru SK Ladang Tiger dan pegawai Pejabat Pendidikan Daerah Tawau.

OLEH LIZA DIN
TAWAU – Syarikat Sime Darby bersedia untuk membantu membaik pulih kemudahan Sekolah Kebangsaan Ladang Tiger, Tawau.

Perkara ini telah dinyatakan oleh Adun Tanjong Batu, Datuk Hamisa Samat semasa perjumpaan diantara pihak pengurusan syarikat Sime Darby dengan guru-guru SK Ladang Tiger Tawau dan pegawai Pejabat Pendidikan Daerah Tawau semalam.

“Hasil pertemuan tersebut, pihak pengurusan Sime Darby bersetuju untuk membantu membaik pulih kemudahan di sekolah itu. Saya difahamkan bahawa syarikat Sime Darby ini turut memberi perhatian kepada beberapa buah sekolah di daerah Tawau yang berada di dalam kawasan perladangan syarikat tersebut,” jelas beliau.

Tegas Hamisa walaupun pihak Kementerian Pendidikan mempunyai peruntukan tetapi itu belum mencukupi untuk menampung kos penyelenggaraan dan pembaikan sekolah-sekolah yang daif dan serba kekurangan di negeri Sabah serta seluruh negara.

“Di Sabah sahaja mempunyai ribuaan sekolah rendah dan menengah memerlukan perhatian untuk kebajikan murid-murid dan guru-guru dari segi kemudahan sekolah yang serba baik.

“Saya percaya dan yakin sumbangan Sime Darby kepada sekolah ini akan sentiasa dihargai. Ini merupakan tanggungjawab sosial syarikat berkenaan.

Selain Sime Darby, Hamisa turut menyeru mana-mana syarikat swasta dan syarikat anak kerajaan (GLC) lain membantu untuk melaksanakan tanggungjawab sosial mereka terhadap komuniti di daerah Tawau.

“Saya juga meminta mana-mana syarikat korporat dan syarikat agensi kerajaan di negeri ini agar menghulur bantuan mana-mana sekolah yang berada di kawasan mereka melalui tanggungjawab sosial syarikat tersebut,” kata Hamisa.

Hamisa yang juga Pembantu Menteri Pembangunan Sumber dan Kemajuan Teknologi Maklumat berkata, syarikat-syarikat besar swasta perlu memainkan peranan lebih aktif dalam bidang pendidikan terutama dalam memberikan kemudahan pembelajaran termasuk biasiswa kepada pelajar melanjutkan pelajaran ke peringkat lebih tinggi.

Turut serta dalam pertemuan itu Pengurus Besar Kanan Sime Darby Zon Sabah, Ramlan Raula dan  Pengurus Pentabdiran Zon Sabah Selatan, Lim Shu Chua, Pengurus Ladang Tiger, Mohd Marzuki, serta pengurusan Sime Darby kawasan Tawau, Guru Besar SK Ladang Tiger, Majidah Kanafiah