Siasatan SPRM: Reman Shafie Apdal Disambung, Adiknya Dibebaskan

2350
Shafie Apdal dibawa masuk ke Makhamah Majistret Kota Kinabalu pada Isnin untuk remannya disambung empat hari lagi sehingga Jumaat ini.

KOTA KINABALU: Reman Presiden Parti Warisan Sabah (Warisan), Shafie Apdal, dilanjutkan empat hari lagi manakala adiknya, Yusof, yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lahad Datu dibebaskan.

Mereka dipisahkan oleh jurang ahli politik yang berbeza dan dihadapkan ke mahkamah hari Isnin di mana Yusof dibenarkan oleh Majistret Cindy McJuce Balitus ikat jamin RM100,000 dengan deposit RM50,000 manakala Shafie pula disambung reman hingga Jumaat ini.

Kedua-dua mereka telah ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung siasatan dakwaan penyelewengan dana awam di Sabah.

Yusof Apdal dibebaskan atas jaminan MACC.

Yusof, 57, yang ditahan reman sejak Rabu lalu tiba di Kompleks Mahkamah Kota Kinabalu kira-kira jam 9.40 pagi, sebelum dibawa masuk ke Mahkamah Majistret pada jam 9.55 pagi dan keluar 10 minit kemudian.

Shafie ditahan reman sejak Jumaat minggu lepas bagi membantu siasatan berkaitan dengan projek pembangunan luar bandar di Sabah yang disalurkan menerusi Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (KKLW) antara 2009 hingga 2015, mengikut Seksyen 17(a) Akta SPRM 2009.

Majistret Mc Juce membuat keputusan itu berikutan permohonan SPRM yang diwakili Pegawai Pendakwaan Mohd Faliq Basiruddin dan Timbalan Pendakwa Raya Rustam Sanip serta Rozanah Abdul Hadi, untuk melanjutkan perintah tahanan reman Shafie yang berakhir hari ini.

Ahli Parlimen Semporna dan bekas Menteri KKLW itu dibawa masuk ke Mahkamah Majistret 1, kira-kira jam 2 petang tadi sebelum keluar sejam kemudian.

Tua, mudah, miskin, kaya; salah satu penyokong Shafie Apdal, presiden Parti Warisan Sabah.

Pagi tadi, Shafie hadir di Mahkamah Tinggi di sini untuk mendengar prosiding permohonan semakan semula peguamnya berhubung perintah tahanan reman Mahkamah Majistret pada Jumaat lalu, tetapi ditolak Pesuruhjaya Kehakiman, Ismail Brahim.

Shafie diwakili peguam Hamid Ismail, Loretto J Padua, Martin Tommy, Cedric Choo dan Zakaria Ismail.

Di luar pekarangan mahkamah, beratus penyokong Warisan termasuk dua Naib Presiden parti itu, Peter Anthony dan Junz Wong serta Ketua Wira Warisan, Mohd Azis Jamman berhimpun sejak pagi.

Dalam kes Yusof, dua peguam mewakilinya iaitu Edward Paul dan Peter Lee manakala SPRM diwakili Pegawai Pendakwa SPRM, Mohd Faliq.

Dia direman empat hari sejak Rabu lalu sebelum disambung dua hari lagi bermula semalam hingga hari ini.

Jumaat lalu, Mohd Shafie yang juga Ahli Parlimen Semporna, direman empat hari hingga hari ini dan dijadualkan dibawa ke mahkamah sebentar lagi bagi mendapatkan perintah sambung reman.

Setakat ini, 13 individu ditahan berkaitan kes itu, masing-masing 10 di Sabah dan tiga di Putrajaya termasuk seorang lagi adik Mohd Shafie, iaitu Hamid Apdal dan menantunya yang juga ahli perniagaan berumur 33 tahun.

Junz Wong and Peter Anthony, two Warisan Sabah vice presidents were at the courthouse Monday.

Sebelum ini, SPRM menahan Peter dan Mohd Azis, Ketua Pemuda UMNO Tenom, Jamawi Jaafar, Ketua Pemuda UMNO Tawau, Ariffin Kassim dan ahli perniagaan Yu Sin Kong berumur 52 tahun.

Mereka bagaimanapun sudah dibebaskan dengan jaminan SPRM.

Tiga lagi masih dalam tahanan reman iaitu seorang jurutera yang juga ahli politik Warisan Putatan berumur 47 tahun, manakala dua lagi ialah bekas Setiausaha Akhbar dan Setiausaha Politik Shafie.