Shafie Ziarah Keluarga Dilanda Musibah

Oleh SURAIDAH ROSLAN
MEMBAKUT: Dalam kesibukan berkempen bagi PRN Sabah, Datuk Seri Panglima Mohd Shafie Apdal sempat meluangkan masa menziarahi keluarga arwah Dali Ag Yusof yang baru meninggal dunia, petang tadi.

Arwah berusia awal 50an itu bertugas di Sekolah Menegah Kebangsaan (SMK) Membakut.

Jenazah arwah dimandikan, dikapankan dan disembahyangkan di Masjid Cahaya Iman Membakut.

Presiden Parti Warisan Sabah (Warisan) itu meluangkan masa bertemu dengan isteri dan anak-anak arwah guru yang difahamkan meninggal dunia akibat serangan sakit jantung.

Mohd Shafie bersama Calon Membakut, Prof Dr. Mohd. Kamarudin Abd Hamid menziarahi keluarga jenazah sebaik selesai Majlis Bersama Rakyat Membakut.