Shafie Tunai Tanggungjawab Mengundi Di SK Bubul

Oleh RODELIO JUNJUN TAUCAN
SEMPORNA: Datuk Seri Mohd. Shafie Apdal tiba di Sekolah Kebangsaan Bubul pukul 8.10 pagi ini untuk untuk menunaikan tanggungjawab mengundi sempena Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah Ke-16.

Beliau ditemani isteri, Datin Seri Shuryani Shuaib.

Mohd. Shafie merupakan calon bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Senallang dan dicabar empat calon lain.