Shafie: Terima Kasih Banyak Atas Sokongan Rakyat

Oleh AZIS KHAN­
KOTA KINABALU: Datuk Seri Mohd. Shafie Apdal memberikan mesej ringkas menghargai sokongan rakyat Sabah kepada Parti Warisan Sabah (Warisan).

“Terima kasih atas sokongan rakya,” katanya ringkas ketika ditemui di kediamannya di Rumah Yayasan Sabah sebentar tadi.

Presiden Warisan itu bagaimanapun tidak memberikan jawapan ketika ditanya tentang kemungkinan Datuk Seri Hajiji Noor dilantik Ketua Menteri selepas dicalonkan oleh Gabungan Rakyat Sabah (GRS).

Ketika ditanya Mohd. Shafie berkata:

“Kita akan terus berkhidmat,” katanya.

Dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah Sabtu lalu, Warisan mendapat 29 kerusi, diikuti Perikatan Nasional (PN) 17 kerusi, Barisan Nasional (BN) 14 kerusi, PKR 2, UPKO satu kerusi dan Bebas tiga kerusi.