Satu Matlamat Untuk Mencapai Pembangunan : Berita BTtv – 22 September 2019

38
Bersama Hikma Juni
  • Ketua menteri mahu rakyat Sabah tanpa mengira kaum, bergerak dengan satu matlamat untuk mencapai agenda pembangunan. Katanya Sabah bukan milik kaum tertentu sahaja, sebaliknya kerajaan dan rakyat harus bekerjasama ke arah kemakmuran dan kesejahteraan negara.
  • Menteri pembangunan infrastruktur,  Datuk Peter Anthony mengingatkan pemimpin masyarakat akar umbi termasuk ketua adat supaya tidak membangkitkan isu kaum atau agama kerana dikhuatiri boleh menimbulkan ketegangan dan mengugat keharmonian. Pemimpin akar umbi juga perlu menjalankan tugas mengikut garis panduan ditetapkan.
  • Badan bukan kerajaan berperanan penting membantu kerajaan mengeratkan perpaduan rakyat pelbagai kaum di negeri ini – Datuk Jaujan Sambakong.
  • Operasi pembenihan awan berjaya menghasilkan hujan di 6 daerah di Sarawak termasuk Kuching,  Samarahan dan Sri Aman. Operasi pemadaman kebakaran dari udara atau water bombing menggunakan pesawat Bombardier dan helikopter dilaksanakan di negeri itu menggunakan sumber air dari sungai Linga.
  • 10 pendatang asing tanpa izin ditahan dalam operasi bersepadu di Kota Kinabalu kelmarin.