Shafie Meterai MoU Wujud Wilayah Kembar Dengan Jiangxi, China

2135
Ketua Menteri Sabah bersama Gabenor Lianghong menandatangani Surat Hasrat untuk mewujudkan hubungan Wilayah Kembar Rumah Tamu Qianhu pada Sabtu.

Oleh RODELIO JUNJUN TAUCAN
Jiangxi, CHINA: Ketua Menteri, Datuk Seri Mohd. Shafie Apdal melihat Wilayah Jiangxi di China sebagai salah satu pendorong utama kepada pembangunan industri di Sabah.

Sebaik tiba di kota Nanchang, beliau mengadakan kunjungan hormat ke atas Ganenor Jiangxi, Yi Lianghong di Rumah Tamu Qianhu di mana kedua-dua pemimpin menandatangani Surat Hasrat untuk mewujudkan hubungan Wilayah Kembar.

Sabah dan Jiangxi berhasrat meneroka sektor perdagangan, pelaburan, pertanian dan pelancongan untuk menjana faedah bersama serta mempromosi kemakmuran dan pembangunan kedua-dua pihak.

Shafie berkata, beliau memilih untuk datang ke Jiangxi kerana kedudukannya yang dekat dengan Sabah dan pembangunan pesat ekonomi di situ yang menyaksikan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) wilayah itu meningkat 8.7 peratus kepada RM1.35 trillion pada 2018 berbanding tahun sebelumnya.

Sabah telah pun menikmati kehadiran pelancong dari China yang tertinggi di Malaysia, namun sebagai negeri pengeluar gas kedua terbesar, masih banyak yang boleh ditawarkan kepada pelabur China.

Sebagai maklum balasnya, Gabenor Lianghong menyatakan rasa gembira dengan kehadiran para tetamunya itu dan mencadangkan supaya hubungan itu bukan sahaja perdagangan dan ekonomi tetapi diperluaskan juga kepada budaya serta pendidikan.

Dr Oh Ei Sun (left), president of the Ma-Zhong Friendship Association of Sabah and director general of Jiangxi Foreign Affairs Office, Zhao Hui sign a memorandum of understanding director general of Jiangxi Foreign Affairs Office, Zhao Hui.

Sementara itu, Persatuan Persahabatan Ma-Zhong Sabah telah menandatangani memorandum persefahaman (MoU) dengan Persatuan Persahabatan Rakyat Jiangxi Dengan Negara Luar untuk mempromosikan pertukaran persahabatan antara kerajaan tempatan dan rakyat Sabah serta Jiangxi.

Jiangxi yang terletak di Tenggara China mempunyai keluasan 166,900 kilometer persegi dengan populasi 46 juta orang dan dikenali sebagai kawasan yang kaya dengan ikan dan beras.

Kedudukan yang strategik membolehkannya berhubung dengan timur dan barat serta menjadi rangkaian antara utara dan selatan.

Datuk Seri Mohd. Shafie Apdal enam dari kanan); Timbalannya, Datuk Seri Madius Tangau (tujuh dari kiri) dan Setiausa Kerajaan Sabah, Datuk Seri Hashim Paijan bersama delegasi Sabah bergambar bersama pegawai-pegawai kanan Perbadanan Tembaga Jiangxi.

Kemudahan kereta api yang ada melebihi 4,000 kilometer manakala lebuh raya di wilayah itu sepanjang 6,000 kilometer. Terdapat juga tujuh lapangan terbang di Jiangxi untuk menghubungkannya dengan dunia luar.

Dikurniakan dengan sumber mineral yang banyak iaitu 170 jenis, rizab tembaga milik Jiangxi adalah di ranking teratas China. Wilayah itu memiliki lombong tembaga terbesar di Asia dan pusat peleburan terbesar di China.

Dalam pada itu, Ketua Menteri turut melawat ibu pejabat Perbadanan Tembaga Jiangxi yang tersenarai dalam Fortune 500.