Shafie: Maksud Saya SPR Sediakan SOP Mengundi Di Pusat Kuarantin

Oleh RODELIO JUNJUN TAUCAN
BONGAWAN: Datuk Seri Mohd. Shafie Afdal menjelaskan setiap rakyat Malaysia yang layak mengundi tidak boleh dihalang daripada menunaikan tanggungjawab itu walaupun dalam keadaan kurang sihat.

Ketua Menteri berkata, berikutan itu, Suruhanjayq Pilihan Raya (SPR) perlu menyediakan SOP yang terbaik sekiranya ada mana-mana individu yang dijangkiti Covid-19 mahu mengundi pada 26 September depan.

Katanya, SOP ketat itu boleh dilakukan di mana-mana pusat kuarantin tempat setiap pesakit tersebut dikuarantin.

“Yang saya nasihatkan mereka mempunyai hak turun mengundi kalau pun ada orang yang terjangkit positif kita minta supaya SPR sediakan ruang untuk pesakit yang boleh mengundi.

Keratan akhbar kenyataan Shafie semalam yang disalah tafsir oleh beberapa pihak.

“Mereka ada hak untuk undi menunaikan tanggungjawab tidak bererti kalau mereka positif tidak boleh mengundi bukan pasal positif mana ada dalam Perlembagaan orang tidak boleh mengundi, orang sakit pun boleh mengundi yang bertugas di luar negara pun boleh mengundi pos,” katanya.

Menurut beliau, sebab itulah kerajaan mencadangkan agar Perintah Kawalan Pergerakan Pentadbiran dilaksanakan di kawasan dikuarantin bagi memboleh perkara itu dijalankan dalam kawasan yang terhad dan dikawal.

“Ini kita boleh galakkan orang kita itu yang kita katakan kalau ada lockdown pentadbiran ditadbir, orang boleh jalan di mana tempat ada had mobiliti mereka.

“Bukan apa pasal mereka perlu menunaikan tanggungjawab sekiranya positif hanya kuarantin di rumah kuarantin mereka ada tempat SPR boleh sediakan tempat,” katanya.