Shafie Kekal Ketua Menteri Sah Sehingga Hari Mengundi

Oleh RODELIO JUNJUN TAUCAN
KOTA KINABALU: Datuk Seri Mohd. Shafie Apdal menegaskan beliau masih Ketua Menteri Sabah yang sah sehingga tarikh hari mengundi pilihan raya negeri Sabah yang akan ditetapkan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) kelak.

“Saya masih Ketua Menteri yang sah dan kerajaan yang sah memerintah sehinggalah hari mengundi tiba.

“Rakyat akan membuat keputusan dan saya yakin mereka akan buat keputusan bijak,” katanya dalam sidang akhbar khas pagi ini.

Terdahulu beliau mengumumkan pembubaran Dewan Undangan Negeri Sabah setelah mendapat persetujuan Yang Dipertua Sabah, Tun Juhar Mahiruddin.