Shafie Hadiri Mesyuarat Menteri Besar dan Ketua Menteri Kali Ke-133

1726

Oleh BORNEOTODAY
PUTRAJAYA: Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Panglima Haji Mohd Shafie Haji Apdal menghadiri mesyuarat Menteri Besar dan Ketua Menteri yang ke-133 di Perdana Putra di sini pagi tadi.

Mesyuarat berkenaan dipengerusikan oleh Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dan turut dihadiri beberapa menteri kabinet dan Ketua Setiausaha Negara, Datuk Seri Dr Ismail Bakar.

Menteri kabinet yang turut menyertai mesyuarat itu antaranya ialah Menteri Kewangan Lim Guan Eng, Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Darell Leiking, Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad, Menteri Pembangunan Luar Bandar, Datuk Seri Rina Mohd Harun dan Menteri Pengangkutan, Anthony Loke.