Shafie Apdal Mula Tugas Sebagai Ketua Menteri Sabah

1484
Shafie Apdal dengan pemimpin Parti Warisan Sabah dipejabat Ketua Menteri Isnin pagi.

KOTA KINABALU: Ketua Menteri Sabah, Mohd Shafie Apdal, tiba di Pejabat Pentadbiran Negeri Sabah (PPNS) pada 10.51 pagi, bagi memulakan tugas secara rasminya, hari ini (Isnin).

Menyambut ketibaan beliau,adalah barisan kepimpinan Parti Warisan Sabah yang terdiri daripada timbalan presiden, Darell Leiking, naib presiden, Datuk Jaujan Sambakong dan Junz Wong, setiausaha-agung, Loretto Padua dan bendahari-agung, Terrence Siambun serta Ahli-Ahli Dewan Undangan Negeri Sabah.

Shafie Apdal dengan presiden DAP Sabah, PKR Sabah dan UPKO dipejabat Ketua Menteri.

Pemangku Presiden UPKO Wilfred Madius Tangau bersama Ahli Dewan Undangan Negeri UPKO, Ewon Benedict (Kadamaian) dan Abidin Madingkir (Paginatan).

Beberapa ADUN Barisan Nasional (BN) yang dikatakan melompat parti ke Warisan, seperti ADUN Tanjong Batu Hamisa Samat, ADUN Sebatik Abdul Muis Picho dan ADUN Kemabong Jamawi Jaafar turut kelihatan menanti ketibaan Mohd Shafie sejak 8 pagi tadi.

Sidang akhbar Shafie Apdal dipejabat Ketua Menteri.

Pada Sabtu, Shafie mengangkat sumpah sebagai Ketua Menteri Sabah yang terbaharu, mengambil alih pucuk pimpinan daripada Tan Sri Musa Aman yang telah mentadbir negeri Sabah selama tiga penggal. – Fifi Harteeny Marzuki, Astro Awani

BACA DISINI: –

http://www.astroawani.com/berita-malaysia/shafie-apdal-mula-tugas-sebagai-km-sabah-175415