Pegawai Pengurus Pilihan Raya Semporna, Juraimin Jadil mengumumkan kerusi Parlimen itu menerima empat pencalonan semasa penamaan calon PRU-15 di Dewan Masyarakat Semporna hari ini.
Empat calon yang bersaing bagi kerusi Parlimen Semporna ialah Arastam Pandorog mewakili Pakatan Harapan (PH), Datuk Seri Mohd. Shafie Apdal mewakili Parti Warisan (Warisan), Nixon Abdul Habi dari Gabungan Rakyat Sabah (GRS) dan Ab Razik @ Ab Rajak Hamid dari Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang).
Tujuh calon DUN Bugaya ialah Mohd. Hassan Abu Bakar dari Pejuang, Jamil Hamzah (Warisan), Nazmawati Walli dari Parti Bangsa Malaysia (PBM), Zulfadzli Shi Ahmad sebagai calon Bebas (Perahu), Karil Pg Kuraini (Parti Perpaduan Rakyat Sabah (PPRS), Abdul Aziz Mohd. Ibno (Barisan Nasional) dan Arastam Pandorog dari PH.