Shafie Apdal Bakal Ditangkap; Parti Warisan Buat Laporan Polis⁠⁠⁠⁠

Shafie Apdal menghadiri acara Parti Warisan Sabah di Sipitang tengahari tadi (Sabtu).

Oleh PEMBERITA BORNEOTODAY
KOTA BELUD: Parti Warisan Sabah membuat laporan polis petang tadi (Sabtu) mengenai artikel online yang mendakwa presiden parti, Shafie Apdal akan bakal ditangkap Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) minggu depan.

Laporan dibuat di balai polis Kota Belud oleh Wira Kota Belud Parti Warisan bersama-sama Honorsius Bosuin, Ketua Penerangan Pusat, serta rombongan , bahawa artikel berkenaan adalah fitnah semata-mata dan mereka menggesa polis untuk melakukan siasatan.

Selepas membuat laporan polis di Balai Polis Kota Belud,

Semua Ketua Penerangan Parti Warisan Sabah di peringkat parlimen juga diminta membuat laporan polis di kawasan masing-masing oleh Biro Penerangan Pusat.

Menurut artikel bertajuk “Bekas Menteri dan Naib Presiden Parti Tempatan di Sabah ditangkap SPRM”, siasatan akan dibuat atas dakwaan rasuah dan salah guna kuasa ketika Shafie menjawat jawatan Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (KKLW).

Kononnya Peter Anthony, seorang Naib Presiden parti, yang juga Presiden Kadazan Dusun Murut (KDM) turut terlibat rasuah.

Petang tadi, Shafie di Sipitang untuk acara ‘Santai Dengan Masyarakat Sipitang’.