SETIAP KELUARGA DI TANJUNG ARU AKAN MENERIMA BANTUAN MAKANAN

 

TANJUNG ARU: Sebuah pasukan bertindak telah ditubuh hari ini bagi memastikan setiap keluarga di kawasan DUN Tanjung Aru menerima bantuan makanan, demikian kata Ahli Dewan Undangan Negeri Datuk Junz Wong hari ini.

Junz yang juga merupakan Menteri Pertanian dan Industri Makanan menjelaskan, agihan bantuan makanan ini akan diedar secara fasa kepada penduduk di sekitar kawasan-kawasan seperti Sembulan dan Pulau Gaya.

“Agihan akan dibuat secara fasa. Kami telah edar sekitar 1,800 pek setakat hari ini. 1,500 telah diedar kepada keluarga-keluarga paling terkesan pada hari Selasa dan Rabu. Hari in, 300 pek telah dihantar untuk penduduk Sembulan Lama.”

“Esok, 2,000 pek akan dihantar ke Pulau Gaya kerana penduduk Pulau Gaya agak terkesan. Aktiviti ini akan berterusan selama beberapa hari.”

Junz menasihati penduduk Tanjung Aru supaya terus bekerjasama dan bersabar kerana bekalan makanan adalah mencukupi. Penduduk yang belum menerima pek makanan mereka diminta menghubungi wakil-wakil yang tersenarai.

“Jangan bimbang jangan panik. Bekalan makanan mencukupi. Saya akan pastikan setiap keluarga dibantu.”

“Setiap zon mempunyai seorang wakil. Sila hubungi wakil-wakil ini.”

Pasukan Tindak Covid-19 Tanjung Aru

  1. 014-3561502 (UPPM Yunus)
  2. 014-6510943 (Sam)
  3. 014-9901424 (Atikah)

Pasukan Tindak Covid-19 Pulau Gaya

  1. 017-2123521 (Haniesha)
  2. 012-8166522 (MPKK Imam Sairi)

Untuk penduduk Sembulan Lama, pek makanan telah diagih kepada wakil-wakil ini. Sila hubungi mereka:

  • Sembulan Tengah 0168403868 (Amat Bin Mani)
  • Sembulan Lama: 01120660710 (Alimat)
  • Jalan Masjid: 088-225082 (Janir Adam)
  • Sembulan Lama Laut: 013-8045594 (Hamidah)
  • MPKK Kuarters: 013-8561986 (Ahmat Mohri)
  • Ming Garden:  0112-0660710 (Alimat)
  • Block C:  014-6760864 (Astura)
  • Kampung Nelayan:  017-8127161 (Wahab)
  • Block A:  013-8561986 (Ahmat Mohri)
  • Sembulan Baru: 0168227091 (Ahmad Ali)