KOTA KINABALU: Proses pengusiran pulang pendatang asing tanpa izin (PATI) diteruskan melibatkan seramai 779 warga Filipina yang diadakan semalam.
Majlis Keselamatan Negara (MKN) Sabah dalam satu kenyataan memaklumkan pengusiran itu adalah pengusiran siri kelapan bagi tahun 2020.
Pengarah Keselamatan Negeri, MKN Sabah, Sh Sitti Saleha Habib Yussof berkata, bagi tempoh Januari dan Februari, seramai 1,994 orang telah diusir keluar dari Sabah.
“Dengan itu, MKN Sabah akan terus menyelaras tanggungjawab bersama Jabatan Imigresen Malaysia Negeri Sabah, Polis Diraja Malaysia, Jabatan Kesihatan Negeri Sabah dan pelbagai agensi yang lain untuk mengusir PATI pulang ke negara asal,” katanya.
Pengusiran PATI ini dilakukan demi menunaikan amanah dan kepercayaan rakyat yang tidak ingin melihat kebanjiran PATI di Malaysia, khususnya di negeri Sabah.