Seramai 300 Orang Meriahkan Majlis Berbuka Puasa Petronas

211
Wan Zulkiflee beramah mesra dengan pengamal media yang hadir dalam Majlis Berbuka Puasa yang diadakan di KLCC.

Oleh SURAIDAH ROSLAN
KUALA LUMPUR: Acara tahunan Majlis Berbuka Puasa Petronas bersama Media kali ini memperlihatkan sedikit kelainan dengan kehadiran pengamal media dari Sabah, Sarawak, Kelantan, Terengganu dan Pahang.

Sebelum ini, majlis berkenaan hanya dihadiri pengamal media sekitar Kuala Lumpur.

Majlis berbuka puasa yang dihadiri kira-kira 300 orang tetamu termasuk 20 pengamal media dari sekitar Klang Valley, Pantai Timur Semenanjung Malaysia, Sabah dan Sarawak ini diadakan di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) pada Isnin.

Pengamal media Sabah bersama Pengarah Urusan Petronas Kamal Bahrin Ahmad serta kakitangan Petronas yang lain.

Majlis berkenaan turut dihadiri Presiden merangkap Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Petronas Tan Sri Wan Zulkiflee Wan Ariffin.

Majlis itu turut dimeriahkan dengan aktiviti artistik yang disediakah oleh Galeri Petronas seperti lukisan karikatur, kaligrafi, rekaan henna dan ruangan bergambar.