Seramai 12,049 Penerima Vaksin Di Sabah Terima Dos Pertama

Oleh PEMBERITA BORNEOTODAY 
KOTA KINABALU: Bilangan penerima vaksin Fasa Pertama di Sabah kini mencecah 12,049 orang yang terdiri daripada petugas barisan hadapan.

Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan, Datuk Seri Panglima Masidi Manjun berkata, hari ini sahaja, seramai 2,520 orang menerima suntikan harian dos pertama vaksin Covid-19.

Jumlah itu adalah sebahagian daripada 42,164 orang penerima vaksin Fasa Pertama menerusi Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan di negeri ini.

Vaksin jenis Pfizer-BioNTeach tiba di Sabah pada 26 Feb lalu dan majlis pelancaran Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan di negeri Sabah diadakan pada 4 Mac lalu.