Seramai 11 Pelajar Terbaik STPM SMK Muhibbah Terima Penghargaan

Calvin merakamkan gambar kenangan bersama pelajar cemerlang STPM 2018 SMK Muhibbah Sandakan

Oleh SURAIDAH ROSLAN
SANDAKAN: Seramai 11 pelajar cemerlang Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) diberikan anugerah dan penghargaan dalam Majlis Konvokesyen STPM Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Muhibbah Sandakan, di sini pada Rabu.

Majlis anjuran Perwakilan Pelajar Tingkatan Enam SMK Muhibbah itu diadakan bagi memberi penghargaan kepada pelajar yang menunjukkan pretasi cemerlang dalam bidang kurikulum.

Majlis itu disempurnakan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Elopura Calvin Chong.

Dalam majlis itu, Cavin menyampaikan Anugerah Pelajar Cemerlang STPM 2018 kepada 10 pelajar cemerlang dan satu Anugerah Pelajar Cemerlang Ujian Bahasa Inggeris Universiti Malaysia (MUET) kepada Lok Yen Yie yang memperoleh Band 5.

Penerima lain ialah Nor Haliza Abdul Halim, Emilyna Nordin, Nur Shahira Ahmad, Sitti Aidawati Alimuddin, Noraisah Syamsuddin, Nurfarahain Adil, Nursyuhada Wahad, Erra Maziera Muhammad Sham, Mohd Izzudin Jainudin dan Sarifah Azrina Mashur.

Majlis penghargaan sebegitu diadakan bagi memupuk nilai kerjasama dalam kalangan pelajar serta memberi semangat serta motivasi kepada semua pelajar supaya berusaha dengan gigih untuk mencapai kejayaan cemerlang.