Seorang Maut, Kenderaan Terbabas Sendiri

TUARAN: Seorang maut dan seorang cedera parah apabila kenderaan dinaiki terbabas sendiri hingga melanggar pokok di jalan raya Kampung (Kg) Bakut, di sini hari ini.

Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba & Penyelamat Malaysia (JBPM) menerima panggilan kecemasan mengenai insiden itu pada 11.53 pagi dan dua jentera diketuai oleh Penolong Bomba Kanan II, Sailin Jun serta tujuh anggota bergegas ke lokasi kejadian.

Sebaik tiba dilokasi kejadian, didapati terdapat dua mangsa berada dalam sebuah kereta yang dipercayai terbabas sendiri dan melanggar pokok.

Seorang mangsa cedera parah dan dikejarkan ke hospital dengan menggunakan ambulans manakala, seorang mangsa yang tersepit dikeluarkan oleh anggota bomba. Mangsa yang tersepit ini disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian oleh pihak ambulans.

Mangsa kemudiannya diserahkan kepada polis untuk tindakan selanjutnya.