Senarai Palsu Calon Warisan Angkara Parti Lawan Terdesak

Loreto Padua

KOTA KINABALU: Parti Warisan Sabah hari Rabu menafikan penyebaran serta kebenaran senarai yang telah diedarkan melalui media massa sosial yang kononya adalah senarai calon-calon Parti Warisan Sabah yang akan bertanding untuk kawasan Parlimen dan Dewan Undangan Negeri akan datang.

Setiausaha Agung Warisan, Loretto S. Padua Jr menegaskan bahawa senarai tersebut bukanlah datang daripada parti.

“Mustahil untuk senarai tersebut dikeluarkan pada masa ini sedangkan Dewan belum lagi dibubarkan,” kata beliau dalam satu kenyataan.

“Soal siapa yang akan diletakkan sebagai calon disatu-satu kawasan baik Parlimen atau pun Negeri adalah dibawah kuasa presiden parti, Dato’ Seri Hj Mohd Shafie Apdal.”

Padua berkata, dia percaya perbuatan ini dilakukan oleh pihak-pihak yang rasa tercabar dengan penerimaan rakyat terhadap Parti Warisan Sabah.

“Mungkin ini adalah satu-satunya langkah yang boleh mereka gunakan untuk cuba mengelirukan serta memecah belahkan parti,” tambah beliau.

Senarai palsu yang diedar di media sosial.

“Ini jelas dapat dilihat apabila setiap program Jelajah Parti Warisan disuatu-suatu tempat, Barisan Nasional juga akan membuat program pada waktu dan tempat yang sama.

“Parti Warisan Sabah meminta agar penyokong-penyokongnya dapat bersabar.

“Saya percaya yang rakyat serta penyokong-penyokong Warisan sekarang ini sudah bijak menilai dan tidak akan terperangkap dengan mainan politik pihak lawan.

“Jangan percaya dengan khabar angin yang hanya bertujuan untuk mengelirukan serta memecah belahkan parti.”

Lagi senarai palsu.