Sembilan Penagih Dadah Termasuk Wanita Ditangkap

PAPAR: Sembilan penagih dadah termasuk seorang wanita ditangkap dalam operasi yang dijalankan Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD), baru-baru ini.

Kesemua suspek warga tempatan ditahan dalam operasi yang dijalankan pada 21 hingga 28 Julai lalu.

Ketua Polis Daerah Papar, Deputi Superitendan Kamaruddin Ambo Sakka berkata, suspek berumur antara 20 hingga 60 tahun dan kesemua mereka telah mengaku terlibat dalam aktiviti penagihan dadah.

Kes disiasat di bawah Seksyen 39A (1) dan Seksyen 15 (1) (a) Akta Dadah Berbahaya 1952.

“Turut dirampas dalam oeprasi itu adalah dadah jenis syabu yang dianggaran seberat 24.25 gram.

“Kejayaan tangkapan ini merupaka usaha PDRM dalam mengatasi masalah penyalahgunaan dadah, disamping mencegah aktiviti jenayah di daerah ini,” katanya.

Beliau menasihatkan orang ramai untuk menyalurkan sebarang maklumat berkaitan dadah di daerah ini kepada pihak polis melalui IPD Papar di talian 088-912 222.