Malaysia Boleh Memainkan Peranan Elak Konflik China-Taiwan

KOTA KINABALU : Presiden Parti Warisan, Datuk Seri Panglima Mohd Shafie Apdal melahirkan kebimbangannya dengan perkembangan di China dan Taiwan yang dikhuatiri boleh mencetuskan konflik lebih serius.

Katanya, jika keadaan ini tidak ditangani dan diselesaikan, ia boleh menjejaskan rantaian bekalan di Malaysia dan ini akan memburukkan lagi masalah ekonomi di negara ini.

“Kita tidak mahu nyawa terkorban sepertimana yang berlaku di Ukraine, kita tidak mengambil ringan walaupun kita tahu Taiwan is disputed, selaku seorang pimpinan di Malaysia, saya mengambil berat tentang perkara ini agar perkara ini jangan diambil ringan, dan saya berharap supaya pimpinan negara kita mengambil ikhtibar daripada ini dan sampaikan mesej kepada pimpinan di peringkat dunia.

“Saya selaku bekas pemimpin Komanwel Sedunia di pejabat saya di London dan its not the way forward for the world. It can cause human life, it can cause all the world economy collapse, jika berlaku (di rantau ini) apa yang berlaku di Ukraine, keadaan tidak selamat di rantau ini, Asia, sudah pasti tempiasnya bukan hanya di Hong Kong, bukan hanya di Shenzen, bahkan juga boleh sampai ke negara-negara seperti Malaysia, Philippines, all the neighbouring countries yang ada,” katanya pada sidang media di ibu pejabat parti Warisan di Kolombong, dekat sini, semalam.

Keadaan ini katanya perlu dibendung secepat yang mungkin dan Malaysia boleh memainkan peranannya di peringkat global untuk mengekalkan keamanan di rantau ini.

“So saya bimbang keadaan ini kalau ia tidak dibendung secepat yang mungkin ya. Jangan hanya utamakan ideologi politik mereka atau kehendak mereka untuk menakluki mana mana negara atau wilayah. Nyawa manusia dan ketenteraman dunia lebih penting bagi kita,” tegasnya.