Selamat Hari Jadi Ke-66

ATUR CARA ISTIADAT PERBARISAN SEMPENA HARI JADI RASMI KE-66
TUAN YANG TERUTAMA YANG DI-PERTUA NEGERI SABAH
TARIKH : 05 OKTOBER 2019
TEMPAT : PADANG MERDEKA KOTA KINABALU

MASA ATUR CARA
06.30 pagi Semua Kontinjen perbarisan mengambil tempat masing-masing di Padang Merdeka.
07.00 pagi Ketibaan Yang Berhormat Datuk Dr. Haji Jaujan bin Haji Sambakong, Timbalan Ketua Menteri Merangkap Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan selaku Pengerusi Jawatankuasa Induk Perayaan Hari Jadi Rasmi Ke-66 Tuan Yang Terutama Yang di-Pertua
Negeri Sabah
07.05 pagi Istiadat Perbarisan bermula bagi Kategori Jabatan Kerajaan Tidak Berpakaian Seragam Rasmi, Agensi Swasta, Pertubuhan Bukan Kerajaan, dan IPTA / IPTS
07.30 pagi Ketibaan Dif-dif Undangan.
07.35 pagi Ketibaan Yang Berhormat Pembantu-Pembantu Menteri dan Timbalan-Timbalan SpeakerDewan Undangan Negeri dan Setiausaha Persekutuan serta isteri/suami.
07.40 pagi Ketibaan Yang Berhormat Setiausaha Kerajaan Negeri, Menteri-Menteri danTimbalan-Timbalan Ketua Menteri serta isteri dan suami.
07.45 pagi Ketibaan Yang Berhormat Datuk Seri Panglima Haji Syed Abas Syed Ali, Speaker Dewan Undangan Negeri dan Yang Berbahagia Datin Seri Panglima Hajah Nuraini binti Habib Kadir.
Kawalan Kehormatan Utama mengambil tempat di Padang Merdeka Kota Kinabalu
07.50 pagi Ketibaan Yang Amat Berhormat Datuk Seri Panglima Haji Mohd Shafie bin Haji Apdal, Ketua Menteri Sabah dan Yang Amat Berbahagia Datin Seri Panglima Hajah Shuryani binti Datuk
Haji Shuaib disambut oleh Pengerusi Jawatankuasa Induk Perayaan Hari Jadi Rasmi Ke-66 Tuan Yang Terutama Yang di-Pertua Negeri Sabah serta Pengerusi dan Pengerusi Bersama Jawatankuasa Istiadat Perbarisan serta isteri. Yang Amat Berhormat Datuk Seri Panglima Haji Mohd Shafie bin Haji Apdal, Ketua Menteri Sabah naik ke pentas untuk menerima Tabik Hormat daripada Pasukan Kawalan Kehormatan Utama.

ACARA KETIBAAN
8.00 pagi Ketibaan Tuan Yang Terutama Tun Datuk Seri Panglima (Dr) Haji Juhar bin Datuk Haji Mahiruddin, Yang di-Pertua Negeri Sabah dan Yang Amat Berbahagia Toh Puan Datuk Seri Panglima (Dr) Hajah Norlidah binti Tan Sri Datuk R.M. Jasni disambut oleh Yang Amat
Berhormat Datuk Seri Panglima Haji Mohd Shafie bin Haji Apdal, Ketua Menteri Sabah dan Yang Amat Berbahagia Datin Seri Panglima Hajah Shuryani binti Datuk Haji Shuaib, Pengerusi Jawatankuasa Induk Perayaan Hari Jadi Rasmi Ke-66 Tuan Yang Terutama Yang di-Pertua Negeri Sabah serta Pengerusi dan Pengerusi Bersama Jawatankuasa Perbarisan serta isteri.
Tuan Yang Terutama Yang di-Pertua Negeri Sabah naik ke pentas untuk menerima Tabik Hormat DiRaja daripada Pasukan Kawalan Kehormatan Utama.
Lagu Negaraku diikuti dengan Lagu Sabah Tanah Airku dimainkan
(Tembakan Meriam 17 Das).
Tuan Yang Terutama Yang di-Pertua Negeri Sabah memeriksa Kawalan KehormatanUtama.
Tuan Yang Terutama Yang di-Pertua Negeri Sabah naik semula ke pentas untuk menerima Tabik Hormat DiRaja daripada Pasukan Kawalan Kehormatan Utama.
Pasukan Kawalan Kehormatan Utama bergerak keluar.
Kontinjen Jabatan Kerajaan Berpakaian Seragam Rasmi masuk padang
Ketua Perbarisan Kontinjen melapor dan menjemput Tuan Yang Terutama Yang di-Pertua Negeri Sabah untuk memeriksa Perbarisan Kontinjen-Kontinjen Tuan Yang Terutama Yang di-Pertua Negeri Sabah turun dari pentas dan memeriksa Kontinjen Perbarisan diiringi oleh Panglima 5 Divisyen. (dengan kenderaan Istiadat)
Tuan Yang Terutama Yang di-Pertua Negeri Sabah naik semula ke pentas setelah selesai memeriksa perbarisan.
Persembahan Koir oleh Sabah Credit Corporation
Persembahan Khas sempena Perayaan Hari Jadi Rasmi Ke-66 Tuan Yang Terutama Yang di-Pertua Negeri Sabah oleh Lembaga Kebudayaan Negeri Sabah
Kawalan Kehormatan Utama mengambil tempat.

BEREDAR BALIK MENINGGALKAN MAJLIS
09.30 pagi Tuan Yang Terutama Yang di-Pertua Negeri Sabah menerima Tabik Hormat DiRaja daripada Pasukan Kawalan Kehormatan Utama.
Lagu Negaraku diikuti dengan Lagu Sabah Tanah Airku dimainkan
Tuan Yang Terutama Tun Datuk Seri Panglima (Dr) Haji Juhar bin Datuk Haji Mahiruddin,Yang di-Pertua Negeri Sabah dan Yang Amat Berbahagia Toh Puan Datuk Seri Panglima (Dr) Hajah Norlidah Tan Sri Datuk R.M. Jasni beredar balik meninggalkan majlis.
Yang Amat Berhormat Datuk Seri Panglima Haji Mohd Shafie bin Haji Apdal, Ketua Menteri Sabah dan Yang Amat Berbahagia Datin Seri Panglima Hajah Shuryani binti Datuk Haji Shuaib, Speaker Dewan Undangan Negeri dan Timbalan-Timbalan Ketua Menteri,
Menteri-Menteri Kabinet, Setiausaha Kerajaan Negeri, Setiausaha Persekutuan Sabah, Timbalan-Timbalan Speaker Dewan Undangan Negeri, Pembantu-Pembantu Menteri, Orang-Orang Kenamaan, Dif-Dif Undangan serta isteri / suami masing-masing beredar balik.

MASA ATUR CARA
09.45 pagi Semua Kontinjen mengambil tempat masing-masing
Dif-dif Undangan dan Pengerusi Bersama Jawatankuasa Istiadat Perbarisan mengambil tempat di Astaka Padang Merdeka.
09.55 pagi Ketibaan YBhg. Datuk Haji Nordin Siman, Mayor Bandaraya Kota Kinabalu Penyampaian Cenderahati kepada Panel Pengadil.
Pengumuman Keputusan Pertandingan Berjalan Lalu Istiadat Perbarisan Sempena Perayaan Hari Jadi Rasmi Ke-66 Tuan Yang Terutama Yang di-Pertua Negeri Sabah Penyampaian Sijil dan Hadiah kepada para pemenang Pertandingan Berjalan Lalu oleh YBhg. Datuk Haji Nordin Siman, Mayor Bandaraya Kota Kinabalu sesi Bergambar dengan para pemenang.
10.45 pagi Kontinjen Perbarisan berbaris keluar
11.00 pagi Bersurai

(Visited 1 times, 1 visits today)