Sejumlah 145,454 Bantuan Bakul Makanan 2.0 Diagihkan – Shahelmey

KOTA KINABALU: Sebanyak145,454 bakul makanan telah diagihkan di seluruh Sabah menerusi Bantuan Prihatin Covid-19 2.0.

Menteri Pembangunan Masyarakat dan Kesejahteraan Rakyat berkata, agihan bantuan bakul makanan itu melibatkan semua daerah di Sabah.

Untuk hari ini sahaja, sebanyak 14,454 bantuan bakul makanan diagihkan melibatkan enam belas daerah.

Ia termasuk Sandakan dengan 1,271 penerima, Tawau (22), Lahad Datu (8), Semporna (2), Kunak (667), Beluran (2,511), Putatan (791), Ranau (462).

Sementara itu, di Beaufort, sebanyak 1,300 ketua isi rumah menerima bantuan bakul makanan diikuti dengan 1,048 penerima di Tenom, Kuala Penyu (500), Nabawan (22), Tambunan (1,354), Kalabakan (700), Pitas (1,723) dan Kota Marudu (2,073).