Sedih Sekali! Wakil Rakyat Sook Tak Nampak Masalah Rakyat Depan Mata

1972
Clare menebual dengan Janil dan beliau berkata keluarga mereka bergantung kepada sebuah sumur untuk mendapatkan air bagi kegunaan harian.

Oleh BORNEOTODAY
SOOK: Sungguh menghairankan apabila masih ada beberapa keluarga yang tidak mendapat bekalan air bersih dan tenaga letrik di kampung halaman Wakil Rakyat DUN Sook, Ellron Angin.

Apa lebih mengejutkan adalah kedudukan rumah-rumah ini kurang 2km dari rumah Ellron sendiri.

Perkara ini timbul daripada hasil tinjauan DAP Pensiangan semasa mengadakan program Walkabout Jelajah 100 Hari Menjelang PRU14 baru-baru ini.

“Kami telah mendapati ada empat buah rumah yang tiada saluran bekalan air terawat dan tiga buah rumah masih tidak ada bekalan elektrik di Kg Biah Tengah,” menurut Clare Taunek, Ketua Wanita DAP Pensiangan yang mengetuai program tersebut.

Ketika ditemui salah satu penduduk Janil Asun, 48 tahun, beliau berkata walaupun permohonan telah dibuat berkali-kali dan beliau sendiri telah memohon perhatian daripada Wakil Rakyat DUN Sook, yang juga kebetulan adalah penduduk Kg Biah Tengah, namun begitu tiada sebarang tindakan diambil untuk mengakhiri penderitaan mereka sekeluarga.

Inilah sumber air bagi keluarga Janil dan tiga keluarga lain di Kampung Biah, kampong yang sama diduduki wakil rakyat Sook.

Janil bersama tiga lagi rumah yang berdekatan hanya bergantung kepada sebuah sumur untuk mendapatkan air bagi kegunaan harian.

Apa yang amat menghairankan kedudukan Biah Tengah cuma empat km daripada Bandar Keningau tetapi masih ada lagi penduduk kampung yang tidak mendapat bekalan air terawat.

Jalan kampung juga masih tidak berturap walaupun sudah dijanjikan oleh BN semasa kempen mereka pada PRU 13 lepas.

“Ini adalah petunjuk kegagalan wakil rakyat di DUN Sook dan Parlimen Pensiangan dalam menepati janji janji mereka semasa pilihanraya lalu,” menurut Bodrick Paunus Ketua DAPSY Pensiangan.

Selain masalah bekalan air dan elektrik serta jalan raya yang masih tidak berturap, penduduk di kawasan ini masih berhadapan dengan isu hak tanah yang masih belum selesai sungguh pun kerajaan BN sudah berjanji akan mengambil perhatian terhadap permasalahan mereka.

Seorang penduduk yang tidak mahu identiti dinyatakan berkata mereka sudah cukup sengsara dengan kenaikan harga barangan, harga komoditi yang rendah dan sudah puas dengan janji janji manis BN.

Masa sudah tiba untuk tukar kerajaan yang tidak prihatin kepada masalah mereka.

PRU 14 ini bakal melihat Pakatan Harapan menurunkan calon muda dari DAP bagi DUN Sook dan calon muda dari PKR bagi Parlimen Pensiangan berdepan dengan ahli politik veteran dari BN.