Sebanyak 32 Rumah Musnah Terbakar Di Kampung Air Sandakan

511

Oleh SURAIDAH ROSLAN
SANDAKAN: Sebanyak 32 rumah yang terletak di kawasan seluas dua ekar di Kampung Air, Sandakan musnah dalam kebakaran yang berlaku awal pagi Ahad.

Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba & Penyelamat (JBPM) memaklumkan terdapat seorang mangsa lelaki melecur di bahagian tangan dan telah diberikan rawatan awal sebelum dikejarkan ke hospital bagi mendapatkan rawatan lanjut.

PGO menerima panggilan kecemasan pada 5.28 pagi dan sebanyak tiga buah jentera termasuk sebuah EMRS dan sebuah utiliti hilux dengan keanggotaan seramai 19 orang dikejarkan ke lokasi kebakaran.

Operasi terkawal pada 6.30 pagi dan pihak JPBM masih menjalankan operasi pemadaman setakat 8 pagi tadi.