Ketua Menteri: Sandakan Bakal Jadi Pusat Pembuatan Perabot Sabah

3458

Oleh SURAIDAH ROSLAN
SANDAKAN: Kerajaan Sabah akan mengubahsuai peranan Kluster Perindustrian Kelapa Sawit (POIC) Sawit di Batu Sapi dekat sini bagi membolehkan ia dijadikan Pusat Pembuatan Perabot di Pantai Timur Sabah.

Ketua Menteri Datuk Seri Panglima Haji Mohd Shafie Apdal berkata, usaha itu selaras dengan hasrat kerajaan untuk membangunkan industri hiliran kayu kayan yang dilihat mampu menjana hasil yang boleh menyumbang kepada ekonomi Sabah.

Jika perabot dihasilkan dengan kayu kayan yang berkualiti tinggi, ia dijangka mampu menjana RM10-RM20 bilion pada masa akan datang.

Beliau berkata, langkah membangunkan industri hiliran kayu kayan ini akan memberi nilai tambah kepada kayu balak yang dikeluarkan di negeri ini. Ia kerana, pada masa ini hasil kayu kayan hanya kira-kira RM150-RM200 juta.

Ketua Menteri melancarkan

Katanya, kedudukan POIC Sawit yang berhampiran dengan Unit Pengurusan Hutan (FMU) Lahad Datu dan Ranau akan memudahkan penghantaran bekalan kayu kayan.

“Saya sudah meminta Menteri Perdagangan dan Perindustrian untuk melakukan pendekatan mendalam bagi memastikan bekalan elektrik, air serta landskap di kawasan seluas 500 ekar itu berada dalam keadaan baik,” katanya kepada media selepas Majlis Pelancaran Dasar Perhutanan 2018, di Ibu Pejabat Jabatan Perhutanan Sabah, di sini pada Isnin.

Menurutnya, beliau sudah berbincang dengan syarikat-syarikat perabot di Kuala Lumpur dan mereka bersedia untuk memperkembangkan perniagaan ke Sabah. Malah, ada antara syarikat itu sudah berada di Kota Kinabalu.

Apabila pusat ini beroperasi kelak, perabot yang sudah siap boleh dieksport ke luar Negara, termasuk pulau Maldives, melalui Pelabuhan Lahad Datu. Menyentuh tentang Hutan Dilindungi Sepenuhnya (TPA), kerajaan akan meneruskan polisi 30 peratus TPA menjelang 2025 bagi memastikan perlindungan dan perkhidmatan alam sekitar dapat ditingkatkan.

Pada masa ini, TPA sudah mencecah 26 peratus atau 1.9juta hektar. Dalam perkembangan lain, Mohd Shafie meminta Kerajaan Persekutuan supaya memikirkan langkah yang lebih kreatif dalam menghasilkan produk sawit lain seperti biodiesel yang mungkin boleh dieksport ke luar negara.

Terdapat banyak pendekatan lain boleh dilakukan termasuklah menggunakan produk biodiesel itu dalam sistem pertukaran dagangan. Ia boleh ditukarkan dengan peralatan seperti alat ganti jet mahupun kapal marin yang boleh dibeli dari negara Eropah.

Perkara itu diumumkan Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Panglima Haji Mohd Shafie Apdal pada majlis pelancaran Dasar Hutan Sabah 2018 di Jabatan Perhutanan Sabah Isnin.

Mohd Shafie ketika ditemui pemberita berkata lokasi POIC seluas 500 ekar itu telah dikenalpasti kesesuaiannya apabila cadangan untuk industri kayu kayan dan hiliran perabot diwujudkan.

“Adanya hab pembuatan perabot ini akan menghasilkan pertumbuhan ekonomi dan akan mengembangkan industri di Sandakan.