Sampai Bila Mau Tunggu Pelaksanaan Jalan Alternatif Song-Kanowit – DAP

Beginilah keadaan jalan Song ke Kanowit.

Oleh BORNEOTODAY
KAPIT: Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (KKLW) digesa segerakan proses menyelengara jalan alternatif Song (Kapit) ke Kanowit dan membuat pengumuman rasmi akan peruntukan dana khas untuk menyelengara jalan alternatif tersebut.

Ini adalah kerana, difahamkan pihak Ahli Parlimen Kapit merangkap Timbalan Menteri KKLW sudah meninjau jalan alternatif berkenaan baru -baru ini.

Paren Nyawi, Penyelaras DAP Kapit berkata, jika tidak, rakyat Kapit akan membuang Kerajaan BN semasa PRU 14 akan datang kerana kegagalan mereka menyelesaikan masalah rakyat.

“Kerajaan BN harus bertanggungjawab diatas kegagalan mereka menunaikan janji,” kata Paren.

“Ini adalah kerana mereka sudah lebih 50 tahun mempermainkan dan memperlekehkan kebijaksanaan pengundi Kapit.”