Sambutan Hari Kebangsaan Perlu Kelainan Untuk Tarik Pengunjung-Jaujan

72

SEMPORNA: Penganjuran Sambutan Hari Kebangsaan perlu mempunyai kelainan dan peningkatan setiap tahun agar mampu menanam semangat patriotisme dan menarik kehadiran lebih ramai orang awam dalam majlis sambutan berkenaan.

Timbalan Ketua Menteri Datuk Jaujan Sambakong berkata, jika sambutan setiap tahun berada pada tahap yang sama, pasti pengunjung akan merasa bosan dan tidak mahu hadiri majlis sambutan kebangsaan sebegitu.

“Sudah tentu rakyat tidak hanya mahu lihat perkara yang sama setiap tahun. Sudah tentu peningkatan perlu ada dari segi susun atur program sehingga membolehkan kehadiran orang awam ke sambutan ini semakin ramai.

“Ini bermakna orang ramai suka apa yang dibuat dan harap program seumpamanya dapat diteruskan,” katanya ketika ditemui semasa Majlis Pelepasan Konvoi Kembara Merdeka Jalur Gemilang di sini, pada Ahad.

Jaujan, yang juga Menteri Kerajaan Tempatan
dan saya yakin ianya akan lebih meriah serta dapat santuni hati rakyat agar cintakan negara,” katanya ketika ditemui pada majlis Pelepasan Konvoi Kembara Merdeka Jalur Gemilang di sini, kelmarin.

Beliau berkata, rakyat yang keluar beramai-ramai untuk semarakan Jalur Gemilang kini faham bahawa semangat patriotik itu penting untuk mendaulatkan kemerdekaan negara ini.

Jaujan yang juga Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan berkata, sambutan sebegitu dilihat mampu menjadi satu penyatuan kepada rakyat di Malaysia.

“Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia adalah satu perayaan besar kepada kita sebagai rakyat Malaysia.

“Kita bersyukur pimpinan dahulu berjaya mencapai kemerdekaan negara maka, generasi hari ini harus sentiasa mengingati Hari Kebangsaaan ini,” katanya.

Beliau juga mahu rakyat di Sabah bersama-sama mengibarkan Jalur Gemilang sebagai tanda kecintaan terhadap negara.

Mengulas lanjut, Jaujan memberi jaminan nasib golongan kurang bernasib baik akan terus dibela.

“Kita tidak akan membiarkan rakyat terpinggir dalam apa juga keadaan, inilah matlamat kepimpinan kerajaan terdahulu dan hari ini agar rakyat diberikan keutamaan,” katanya.