Sambutan Hari Jadi TYT : Berita BTtv – 5 Oktober 2019

Bersama Hikma Juni
  • Kira-kira 8,000 orang hadir memeriahkan upacara perbarisan sempena Hari Jadi Rasmi Ke-66 Yang di-Pertua Negeri Sabah, Tun Juhar Mahiruddin, di Padang Merdeka, Kota Kinabalu, pagi tadi.
  • Ketua Menteri, Datuk Seri Panglima Haji Mohd Shafie bin Haji Apdal berkata Sabah perlu membuat persiapan sewajarnya untuk menyediakan prasarana dan perkhidmatan terbaik untuk bersaing dengan negeri dan negara jiran di kepulauan Borneo.
  • Kementerian pembangunan luar bandar Sabah berusaha mengatasi masalah bekalan air di luar bandar dengan pelbagai kaedah alternatif termasuk menggunakan sumber air bawah tanah menerusi kerjasama dengan Jabatan Mineral dan Geosains kata menterinya Datuk Ewon Benedick.
  • Kanak kanak warga asing berusia 11 tahun antara 53 suspek ditahan dalam op Sarang bagi membanteras penyalahgunaan dadah di Kota Kinabalu sejak 28 September lalu sehingga semalam.