Saling-Hormat Menghormati Antara Satu Sama Lain Bawa Perpaduan

Kurup diiringi oleh Bishop Cornelius bertemu umat dan melawat gerai-gerai pada tamu itu.
Kurup diiringi oleh Bishop Cornelius bertemu umat dan melawat gerai-gerai pada tamu itu.

OLEH AMAN KASSIM
KENINGAU – Rasa kekitaan dan kekeluargaan sesama umat manusia membawa kepada perpaduan yang erat dalam membangun rohani serta perancangan pembangunan prasarana rumah ibadat yang telah dirancang.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Tan Sri Joseph Kurup berkata, semangat kerjasama serta bersatupadu dalam menjayakan pelbagai program yang dianjurkan kerajaan, swasta, juga badan keagamaan dengan amalan muafakat untuk bersama mendapat manfaat dan menjadikan suasana kehidupan yang harmoni.

“Amalan kerjasama, semangat dan rasa kekeluargaan yang kental yang ada pada setiap rakyat pelbagai kaum juga sesama umat dalam apa juga kepercayaan dan agama, saling-hormat menghormati antara satu sama lain akan membawa kepada perpaduan yang sukar diganggu-guggat oleh mana-mana pihak,” katanya ketika berucap merasmikan Tamu Solidariti Kathderal Saint Francis Xavier Keningau di sini.

Kurup yang juga Ahli Parlimen Pensiangan berkata program Solidariti itu sendiri membawa maksud satu penyatuan kerjasama untuk saling membantu untuk membangun perancangan pembangunan termasuk mengumpul dana untuk membantu pelaksanaan pembangunan fizikal juga program kerohanian yang membabitkan umat sesebuah anutan agama.

Pada majlis itu, Kurup menyumbangkan dana kewangan RM84,500 kepada pengurusan gereja. Sumbangan disampaikan kepada Bishop Datuk Cornelius Piong.

Kurup menyampaikan reflika mok cek kepada Bishop Datuk Cornelius Piong.
Kurup menyampaikan reflika mok cek kepada Bishop Datuk Cornelius Piong.

Terdahulu berucap dimajlis yang sama Bishop Datuk Cornelius Piong berkata kerjasama semua umat dalam menjayakan program tamu yang telah dijalankan sejak beberapa tahun lalu dan menjadi program tahunan itu, mendapat sambutan selain membeli tetapi juga menyumbang kepada dana pembangunan gereja katolik didalam dan juga di keusukupan Keningau.

“Puji syukur kepada Tuhan Yesus kerana sentiasa memberi dorongan kepada kita untuk datang dalam perasaan kekitaan yang dalam dan dapat mengeratkan lagi hubungan saling-kash mengasihi sesama , syukur penyertaan umat dan pemimpin masyarakat katolik sangat-sangat membanggakan,” katanya.

Sementara itu pelaksana Paul Jaua, merakamkan setinggi penghargaan kepada semua yang terlibat langsung dan tidak langsung atas komitmen hingga berjaya melaksanakan program tahunan yang menghimpunkan ratusan umat dari dalam dan luar untuk datang sama-sama merayakan solidariti yang bertujuan mengumpul dana untuk kegunaan pembangunan gereja dan pengurusan.

Hadir sama Ketua Bahagian Parti Bersatu Sabah Liawan Datuk Jake Jikulin Nointin yang juga Ketua Pemudan PBS Pusat, Datuk Daniel Kinsik, Timbalan Presiden PBRS Arthur Kurup, Adun Bingkor Datuk Dr Jeffery Kitingan, Ahli Parlimen Penampang Darrel Leiking serta pemimpin setempat.

Sempena program itu,pelbagai acara diadakan antaranya gerai pelbagai produk jualan , persembahan pentas, cabutan tiket bertuah, cabutan tiket hadiah utama sebuah kereta axia, lagu-lagu tajaan serta gotong royong.