Safar SKN Baharu : Berita BTtv. Berita Borneo. Lensa Borneo – 6 November 2019

81

Bersama Reetasha Joanes Mijol.

* Datuk Safar Haji Untong dilantik Setiausaha Kerajaan Negeri Sabah yang baharu.

* Sebuah pusat penginapan akan dibina untuk kemudahan ahli keluarga yang menemani pesakit mendapatkan rawatan di Hospital Queen Elizabeth di Kota Kinabalu.

* Buat pertama kali Sabah dan Sarawak mempunyai jalan berturap yang menghubungkan kedua-dua negeri itu tanpa melalui Brunei.

* Skuad elit Pasukan Gerakan Am (PGA), Platun Tiger yang ditugaskan membanteras pemburu haram akan ditempatkan di daerah-daerah tertentu yang menjadi tumpuan aktiviti haram itu.

* Sebuah kilang kelapa sawit di Sandakan digantung lesen selepas didapati menyebabkan pencemaran di Sungai Segaliud.

* Belanjawan 2020 Negeri Sarawak yang dibentang oleh Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg disambut baik rakyat luar bandar kerana dilihat mampu meringankan beban.