Ewon berkata, beliau telah mendapatkan khidmat guaman untuk tindakan saman dan proses seterusnya terhadap penyebar-penyebar fitnah ini termasuk di Facebook dan Whatsapp.
Beliau berkata demikian selepas membuat laporan polis di Balai Polis Karamunsing pagi tadi, susulan dakwaan ditularkan dalam Sabahkini yang menggambarkan beliau seolah-olah terlibat rasuah dalam pelantikan kontrak penyelenggaraan Jalan Kebidahan dan Associated Roads, Kota Belud.
Ewon menyatakan tulisan tersebut berniat jahat serta menjejaskan kredibiliti beliau sebagai ADUN Kadamaian dan bekas Menteri Pembangunan Luar Bandar.
“Saya telah meminta pihak PDRM dan semua agensi untuk membuat siasatan sepenuhnya termasuk kepada penyebar-penyebar fitnah ini,” katanya.