Sabah Juara Liga Perdana

324

SHAH ALAM : Sejarah tercatat di stadium UiTM FC, Shah Alam malam tadi selepas Sabah akhirnya berjaya menamatkan penantian 23 tahun tanpa trofi kejuaraan selepas menewaskan UiTM FC 2-1 sekali gus muncul juara Liga Perdana musim ini.

Bermain di hadapan 2700 penonton, skuad kendalian Jelius Ating itu dikejutkan apabila ketinggalan satu kosong sebelum 2 gol di separuh masa kedua memastikan Sabah tidak mampu digugat lagi dengan 40 mata oleh pencabar terdekatnya, Johor Darul Ta’azim II yang tewas 3 1 kepada Negri Sembilan.

Sabah menguasai perlawanan dengan beberapa percubaan oleh pemain impot Sabah, Aguinaldo Mendes Veiga danRodoljub Paunovic di awal babak pertama.

Namun, walaupun jarang melakukan serangan, UiTM FC tidak mensia-siakan satu-satunya peluang dimiliki apabila sepakan percuma penyerang berbisa mereka, Zarko Korac, pada minit ke 30 terus menerjah jaring dan kedudukan 1-0 itu kekal sehingga tamat separuh masa pertama.

Sabah menyamakan kedudukan pada minit ke-57 hasil sepakan penalti Paunovic selepas bola terkena tangan salah seorang pertahanan UiTM FC.

9 minit kemudian penyokong Sabah sekali lagi ceria apabila Aguinaldo menanduk masuk bola sepakan penjuru Ricco Nigel Milus pada minit ke-66 untuk menjadikan kedudukan 2-1.

Kedudukan itu kekal sehingga tamat perlawanan.

Seterusnya mengesahkan kejuaraan Sabah yang kini mengumpul 40 mata, iaitu mata yang tidak mampu dikejar oleh mana-mana pasukan lagi.

Sebelum perlawanan,  pemangku Presiden Persatuan Bola Sepak Sabah (Safa) Datuk Peter Anthony menyampaikan anugerah Pemain Terbaik Bulanan Liga Premier edisi Mei 2019 kepada Ketua Pasukan Sabah, Rawilson Batuil.

Rawilson adalah pemain ketiga skuad Tambadau Sabah memenangi anugerah kelolaan Persatuan Pemain Bola Sepak Profesional Malaysia (PFAM) dan asiana.my pada musim ini selepas Luka Milunovic untuk bulan Februari dan Luis Junior untuk bulan Mac tahun ini.