Sabah Job Entrepreneur Fair Nov 24-25 Tawar 2,000 Pekerjaan

1257

Oleh SURAIDAH ROSLAN
KOTA KINABALU: Kira-kira 2,000 peluang pekerjaan ditawarkan sepanjang Sabah Job Entrepreneur Fair yang berlangsung pada 24-25 November ini di Kompleks Sukan Likas.

Karnival pekerjaan anjuran Wira Parti Warisan Sabah (Warisan) itu telah menarik 100 syarikat tempatan daripada pelbagai sektor untuk membuka gerai pameran sempena karnival berkenaan.

Sebanyak 70 gerai pameran akan dibuka termasuk gerai melibatkan agensi seperti Yayasan Sabah, Warisan Harta, Suria Capital, Parkson serta Petronas.

Karnival ini akan dipenuhi dengan pelbagai ceramah kerjaya dan perkongsian kejayaan oleh usahawan-usahawan yang berjaya menerusi segmen Bean Bag Entrepreneurship Chats.

Selain itu tawaran mengikuti latihan industri turut disediakan bagi graduan yang berminat menimba pengalaman melalui latihan industri.

Turut diadakan adalah bengkel jaringan keusahawanan untuk graduan yang ingin memulakan perniagaan serta temuduga serta merta.