Sabah Harus Terima 40 Peratus Hasil – Darell Leiking

2871

Oleh SURAIDAH ROSLAN
KUALA LUMPUR: Sabah seharusnya mendapat 40 peratus hasil yang diperoleh daripada negeri itu, kata Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Darell Leiking.

Timbalan Presiden Parti Warisan Sabah itu berkata, jika dilihat dalam Perlembagaan Persekutuan, Sabah sepatutnya memperoleh 40 peratus hasil.

“Atas sebab itu, saya bersama Ketua Menteri Sabah dan Datuk Azis Jamman akan berusaha menuntut perkara ini.

“Kita sudah menyatakan ini kepada Kerajaan Persekutuan. Namun, kita berikan peluang kerana ini (belanjawan) adalah tahun pertama Kerajaan Pakatan Harapan,” kata Naib Presiden Warisan berkenaan.

Beliau berkata demikian berikutan peruntukan terhadap Kerajaan Sabah dalam Belanjawan 2019 yang agak terhad.

Dalam belanjawan dibentangkan Menteri Kewangan Lim Guan Eng itu, Sabah hanya memperolehi RM5 bilion daripada RM314.5 bilion peruntukan perbelanjaan.

Daripada jumlah itu, perbelanjaan pembangunan adalah sejumlah RM54.7 bilion.