Sabah Hargai Sumbangan Persatuan Kaum India Sandakan

56

SANDAKAN: Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Mohd Shafie Apdal hari ini memuji Persatuan Kaum India Sandakan (SIA) yang banyak memberi sumbangan dalam pelbagai bentuk kepada seluruh masyarakat tanpa mengira kaum dan agama.

Beliau berkata sejak 36 tahun kewujudannya, persatuan itu dilihat amat relevan kepada komuniti tempatan berdasarkan kepada sumbangan besarnya menganjurkan pelbagai aitiviti dan program kepada masyarakat tempatan.

“Kerajaan negeri Sabah menyokong komitmen dan kesungguhan yang ditunjukkan oleh SIA dan saya berharap anda akan terus usaha-usaha gigih ini demi manfaat kepada SIA dan juga komuniti tempatan,” katanya pada majlis makan tengah hari sempena Deepavali anjuran SIA di sini semalam.

Teks ucapannya dibacakan oleh Pembantu Menteri kepada Ketua Menteri Arifin Asgail.