Pasukan tuan rumah terlebih dahulu mencemaskan Sabah dengan empat percubaan berbahaya, dua daripadanya oleh pemain tengah, Muhamad Faizat Ghazali
namun gagal membolosi gawang Sabah yang dikawal penjaga gol kebangsaan, Khairul Fahmi Che Mat.
Selepas tenang menyerap asakan Penang FC, Skuad ‘The Rhinos’ kendalian Datuk Ong Kim Swee mengejutkan penyokong tuan rumah menerusi gol ketua pasukan, Baddrol Bakhtiar yang menanduk masuk bola hantaran Saddil Ramdani pada minit ke-21.
Gol itu kekal sehingga tamat 45 minit aksi separuh masa pertama.
Skuad Harimau Kumbang bermula garang sebaik babak kedua bermula apabila berjaya menyamakan kedudukan 1-1 menerusi gol T Saravanan yang menyudahkan percubaan awal oleh rakan sepasukannya, Casagrande pada minit ke-51.
3 minit selepas itu, Baddrol sekali lagi menceriakan penyokong Sabah yang hadir di Stadium Bandaraya apabila menjaringkan gol menarik menerusi sepakan gunting pada minit ke-60 untuk Sabah melebarkan kedudukan kepada 3-1.
Pemain import dari England, Stuart John Wilkin menambah derita tuan rumah selepas menjaringkan gol keempat Sabah pada minit ke-65.
Penang tidak mudah mengalah dan terus mengasak benteng pasukan pelawat sebelum penyerang import dari Lubnan, Hilal El-Helwe berjaya menghadiahkan gol kedua pasukan itu pada minit ke-76.
Kedudukan 4-2 kekal sehingga tamat perlawanan.
Dengan kejayaan menundukkan Penang FC, Sabah FC melonjak ke tangga kedua Liga Super dengan 15 mata selepas mengharungi 7 perlawanan menerusi 5 kemenangan dan tewas 2 kali.