Sabah Boleh Jadi Magnet Kepada Kalimantan : Berita BTtv – 18 September 2019

196
Bersama Jo-Anna Sue Henley Rampas.
  • Sabah akan menjadi magnet kepada pembangunan pesat wilayah Kalimantan sebaik sahaja ibu negara Indonesia yang dipindahkan ke Kalimantan Timur mula beroperasi pada 2024. Ini kerana Kalimantan Utara akan turut menjadi pusat perindustrian baharu kata
    penganalisis ekonomi Indonesia, Dr Marso.
  • Sabah perlu proaktif mempersiapkan diri dalam aspek perhubungan atau connectivity di kawasan pantai timur agar mendapat limpahan ekonomi susulan langkah Indonesia memindahkan ibu negaranya ke Kalimantan Timur.
  • Kementerian pembangunan luar bandar akan memperkenalkan konsep Rumah Sejahtera Sabah bermula tahun ini bagi pembinaan rumah untuk rakyat termiskin. Sebanyak 75 unit Rumah Sejahtera dengan kos RM60,000 setiap satu, akan dibina tahun ini.
  • Jerebu. Bacaan indeks pencemaran udara, IPU di Sabah di paras sederhana hari ini.
  • Cubaan 15 warga Filipina dari Simunul, Tawi Tawi, menyelinap masuk ke Sabah dipatahkan pasukan polis marin di perairan Semporna, tengah malam tadi.