Rumah Terbuka Aidilfitri Ahli Parlimen Labuan Hari Pertama di Kediamannya

90

LABUAN: Ahli Parlimen Labuan Datuk Rozman Isli akan mengadakan Majlis Rumah Terbuka Hari Raya Aidilfitri di kediamannya, Jalan Tanjung Bendera (off Tanjung Purun) di sini, pada hari raya pertama.

Rozman dalam jemputan umumnya hari ini berkata, majlis akan berlangsung dari 9 pagi hingga 10 malam.

“Orang ramai dijemput hadir bagi memeriahkan majlis tersebut dengan memakai pakaian yang bersesuaian,” menurut jemputan itu.

Bagi memudahkan orang ramai untuk menghadiri majlis tersebut, ruang letak kenderaan tersedia bersebelahan kediaman beliau selain sisih jalan berhampiran.

Lebih 15,000 pengunjung dijangka hadir memeriahkan majlis tersebut.